Sunday, February 6, 2011

Kelakuan Murid Murid Sekolah Di Taman Indra



 KRT/TI/K(2)/2011
       7 Feb 2011

Tuan Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hasan
Jalan Sekolah Derma,
01000.Kangar,Perlis.

Tuan,

Per : Kelakuan Murid Murid  Sekolah Di Taman Indra

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Ramai penghuni taman ini mengadu kepada saya, perihal ramai murid murid Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hasan yang meletak motorsikal di lorong belakang rumah mereka. Lorong yang dimaksudkan ialah lorong di belakang deretan kedai.

3. Saya syak mereka tidak meletak motorsikal dalam kawasan sekolah kerana mereka ada sebab sebab tersendiri.
·         Mereka tidak memiliki lessen memandu yang sah.
·         Datang lewat dan dengan berjalan kaki senang membolos masuk dalam kawasan sekolah.
·         Niat untuk pulang awal.

4. Kehadiran mereka tidak menyenangkan penduduk setempat kerana mereka tidak berdisiplin. Berbual dan ketawa dengan kuat sambil menjerit tidak tentu pasal dan juga merokok. Kelakuan sebegini memberi contoh yang negatif kepada kanak kanak disini. Beberapa penghuni dari Lorong Indraputra telah nasihatkan mereka tetapi tidak berkesan.


5. Saya membuat lapuran ini untuk kesejahteraan pemastautin taman ini dan kebaikan murid murid yang akan mewarisi kita kelak. Harap  maaf.

6.Bersama ini di sertakan gambar gambar motorsikal yang di maksudkan.


  

Sekian,terima kasih.

Salam perpaduan.



Yang benar.



………………………………….
(Haji Busu Bin Ibrahim)
Pengerusi KRT Taman Indra/Taman Kangar


S.K

1.      Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
2.      Tuan Ketua Polis Daerah, Daerah Kangar.
3.      Tuan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Perlis.
4.      Y.B Wakil Rakyat Dun Sena.












No comments: