Friday, February 11, 2011

Penyelenggaraan longkang dalam kawasan sekolah.




Longkang dalam kawasan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indra tidak di selenggara dengan sempurna.KRT telah membuat permohonan agar ia dibetulkan.KRT telah hantar surat kepada Pengetua sekolah supaya tindakan di ambil.


                                                                                                                                 KRT/TI/K(4)/2011
                                                                                                                                 7 Feb 2011
Tuan Pengetua
Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indra
Jalan Sekolah Derma,
01000.Kangar,Perlis.

Tuan,
               Per : Longkang Terbiar.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2.  Saya sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan menyelenggarakan longkang dalam kawasan sekolah berhampiran dengan Taman Indra. Longkang tersebut telah bertahun tidak diselenggara. Ketika musim hujan air tidak mengalir dan mengakibatkan banjir di rumah rumah berhampiran.Air yang bertakong pula mengakibatkan nyamok membiak.








Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan dari pihak tuan dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.


Sekian, terima kasih dan salam perpaduan.


Yang benar.



………………………………….
(Haji Busu Bin Ibrahim)
Pengerusi KRT Taman Indra/Taman Kangar


S.K

YB.Wakil Rakyat Dun Sena
Pengarah Jabatan Perpauan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Perlis.
Pengara Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

No comments: